Isnin, 5 September 2011

KUIH BAKAR


KUIH BAKAR...





- 3 cawan tepung gandum
- 1 setengah cawan gula
- 6 biji telur
- ½ cawan marjerin
- 3 cawan santan
- Secubit garam
- 1 camca besar bijan

CARA-CARANYA:
- 2 cawan pati air daun pandan
- Sedikit pewarna pandan
1) Telur dipukul dengan gula sehingga gebu, masukkan santan dan dikacau.
2) Masukkan marjerin ke dalam adunan telur, kacau lagi hingga sebati. 
3) Kemudian masukkan tepung. Kacau perlahan-lahan dan di tapis.
4) Masukkan air pandan dan pewarna.
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak.
6) Taburkan bijan dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 350′F selama 45 minit.

* Pelbagai jenis corak dulang boleh dipakai tetapi pastikan loyang tersebut bukannya diperbuat daripada plastik atau produk yang mudah cair apabila dipanaskan. 

ACUAN KUIH INI ADALAH BEBAS
 MENGIKUT KESESUAIAN DAN KESENIAN SI PEMBUAT..
























KUIH INI BOLEH JUGA BOLEH DIBUAT DALAM KUANTITI
DAN SAIZ YANG BESAR JIKA ANDA PANDAI MENGUBAHSUAI
RESEPI SAYA INI AGAR MENEPATI CITARASA ANDA...
Pembuatan kuih bakar ini amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi bukan semasa pembikinan sahaja tetapi apabila selesai membuatnya juga .. Bagi mereka yang ingin mempraktikan resepi kuih kegemaran saya ini anda dinasihatkan agar tidak mudah berputus asa tetapi sebaliknya anda perlu memperbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam sajian anda agar anda dapat menghasilkan sajian yang lebih bermutu kelak...KEGAGALAN BUKAN PENAMAT SESUATU PERMAINAN TETAPI SUATU PERMULAAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan