Rabu, 24 Ogos 2011

SISTEM KANGCU



Semasa Johor di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.

Pada tahun 1860-an, Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

Apakah itu Sistem Kangcu?

Ia merujuk kepada sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China di Johor.

Dalam sistem ini, setiap ladang dikenali sebagai kangkar. Sementara Kangcu dirujuk kepada ketua yang mengurus sesuatu kangkar. Surat Sungai diperlukan sebelum sesuatu kangkar dibuka.

Saiz setiap satu kangkar ialah sekitar 2500 ekar hingga 20000 ekar.

Setiap kangkar akan dibahagikan pula kepada beberapa kawasan kecil antara 50-250 ekar.

Setiap kawasan kecil ini akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh yang dibawa masuk dari negara China.

Khamis, 18 Ogos 2011

BAHAYA TIDUR SELEPAS SUBUH


Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
  • ·        Tidur ketika perlu tidur.
  • ·         Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  • ·         Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang.


Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)


BAHAYA TIDUR PAGI
1.    Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2.    Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3.    Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
4.    Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5.    Menghambat datangnya rezeki. 
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah
·            tidur di waktu pagi,
·            sedikit solat,
·            malas-malasan dan
·            berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
6.    Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.
         (Zaadul Ma’ad, 4/222)


wallahua'lam


Ahad, 7 Ogos 2011

Khafiat Surah Kahf



Salam kawan-kawan,
So, entry kali nie adalah tentang kelebihan surah Al-Kahf..Ini pun just nak share dengan kawan-kawan sebab tadi waktu khutbah jumaat khatib ada cakap dan hurai sikit tentang kelebihan surah Al-Kahf..So, sama-samalah kita merenungi bersama!!!

Surah Al-Kahf - Ayat 103-110
103: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
104: (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
105: Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
106: (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
107 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
108 : Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109: Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
110: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Sumber : Ensiklopedia Al-Quran 
1. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
2. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

3. Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

4. Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
5. Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

6. Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi).
~RENUNGAN BERSAMA~

Khamis, 4 Ogos 2011

GAMBAR PRODUK SUSU KAMBING

KHASIAT SUSU KAMBING


Kajian Saintifik

Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potassium
Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing? Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu


Kelebihan

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir

Khasiat Mengikut Kategori

Tepung Susu Hi Goat mempunyai pelbagai manfaat untuk setiap golongan daripada bayi sehinggalah orang tua, di antaranya adalah :
Bayi & Kanak-kanakDewasa & Warga TuaPenderita Penyakit
Cerdas MindaTenagaFungsi Sel Imun
TumbesaranPenyembuhan LukaUsus dan Perut
Cirit Birit / AlahanMasalah Sendi/Sakit LututPemulihan Selepas Pembedahan
Sistem ImunTulang RapuhHIV - AIDS
Demam KuningPenyakit Lupa/NyanyukMelawan Radikal Bebas
Ibu MengandungPelajarAhli Sukan
Cegah Demam KuningKecerdasan MindaTenaga
Khasiat PentingPeka & PenumpuanStamina
TenagaSistem Imunkekuatan Otot
PemulihanTingkatkan KecerdasanKesihatan Tulang
Pasti anda tertanya-tanya kenapa Susu Kambing Hi Goat boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan untuk semua tanpa mengira umur serta membantu menyembuhkan penyakit? Ini adalah kerana Hi Goat mempunyai faedah-faedah berikut kepada kesihatan:
  • Rendah Laktosa
  • Tinggi Protein
  • Tinggi Kalsium
  • Tinggi Selenium
  • PH Alkali
  • Molekul Lemak Halus