Ahad, 31 Julai 2011

KELEBIHAN RAMADAN

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

ANAK SEDARAKU



Ni anak sedara aku yang kedua
Namanya Nur Syifaa Amani
Comelkan dia. Dia sangat manja bila bersamaku, maklum la dengan  mak sedara yang paling sporting. Hehe. Bila dapat cuti mid-sem baru-baru ni aku gembira sangat kerana dapat balik kampung. Walapun kerja yang dikirimkan oleh pensyarah banyak, aku tetap ingin balik juga. Bila balik kampung, dapat la aku tengok gelagat dan celoteh anak sedara aku ni. Boleh la dijadikan bahan ketawa aku. Bila dia tiada aku rasa sunyi sangat. Walaupun dia suka ganggu aku semasa aku ingin buat kerja yang pensyarah bagi tetapi aku tak kisah pun. Kanak-kanak biasa la. Aku layan jew. Selain itu, dia juga menjadi jam locengku pada setiap pagi. Nak tahu kenapa???? Dia akan tarik rambutku bila aku lambat bangun…  Pada waktu petang  pula aku selalu bawanya menaiki motor dan pusing-pusing 1 kampung. Best sangat-sangat… Anak sedara aku punya la senyum meleret bila dapat naik motor. Ni la anak sedara ku…  

FAKTA-FAKTA KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT WAHYU DAN SAINS

Sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W., dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Mandah iaitu menurut syarat Tirmizi dan Nasai, sabda baginda s.a.w: “Sesungguhnya bilamana Allah S.W.T berkehendak menjadikan seseorang hambanya, ditakdirkannya suami melakukan jima’ terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap kesegenap urat-urat dan anggota-anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpunkan Allah S.W.T bercampur bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkannya segala urat-urat yang diperlukan baginya, selain kejadian Adam sendiri, di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakinya, terus disusunNya.”

Proses kejadian manusia merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah. Ia merupakan suatu proses yang tidak mungkin boleh direka oleh manusia. Allah telah menjadikan roh manusia sebelum dijadikan jasad bagi setiap roh yang diciptanya. Ulama’ berpendapat bahawa roh manusia telah wujud sejak azali sama seperti kewujudan malaikat dan jin. Allah mula menjadikan jasad manusia setelah air benih berada di dalam rahim si ibu. Sewaktu janin berkembang di dalam rahim, Allah telah meniupkan roh ke dalamnya. Di bawah adalah mengenai proses kejadian manusia bermula dari alam roh sehingga ke alam dunia.

1. Permulaan kejadian manusia dari benih lelaki dan perempuan yang dipanggil sebagai
Zat atau pati daripada tanah seperti dalam surah Al-Mu’minun ayat 12-14
“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

dan surah Al-Imran ayat 59 yang bermaksud “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.” Zat atau pati daripada tanah ini sebenarnya adalah terhasil daripada sumber makanan si ayah yang mana makanan tersebut semuanya adalah berasal dari muka bumi sama ada ia merupakan sumber dari laut mahupun dari daratan.

2. Bermula dengan persenyawaan kedua-dua benih iaitu sperma dan telur kecil (ovum) seperti yang telah dibuktikan di dalam surah Az-Zumar ayat 6 yang mafhumnya, “Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?”.
Hanya sperma yang terkuat sahaja dari berjuta-juta sel sperma yang berjaya memasuki telur. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest. Lalu membentuk nutfatin amsyaajin atau air mani yang disenyawakan dalam rahim ibu.

3. Setelah seminggu, ia membentuk 2 sel dan kemudian kepada 4 sel. Dari 4 sel membahagi kepada 8 sel dan seterusnya 16 sel hinggalah kepada 32 sel dan seterusnya membentuk sekelompok sel yang dinamakan sebagai morula.

4. Semasa proses ini terjadi, ia melekat dan tenggelam di dalam dinding uterus atau dinding rahim wanita bagi melalui proses pengeraman telur. Setelah 23 hari, ia membentuk segumpal darah yang keluar dari rahim lalu bergantung pada dinding rahim seperti bentuk seekor lintah yang melekat pada badan manusia.

5. Dari segumpal darah tadi yang disebut sebagai ‘alaqah akan membentuk seketul daging atau mudhghah. Pada peringkat mudhghah ini, bentuk kejadiannya adalah serupa dengan kejadian-kejadian makhluk lain di muka bumi.

6. Dari daging menjadi tulang-belulang-belulang iaitu ‘izam dibungkus dengan daging atau dengan nama lain iaitu lahman apabila sampai usia 7 minggu atau 49 hari. Lalu, dikuatkan lagi dengan otot-otot besar dan otot-otot kecil dan kemudian dilengkapkan dengan urat-urat ketika berusia 4 bulan.


7. Allah menciptakan anggota tubuh manusia dan disusun dengan baik iaitu dengan membelah lubang pendengaran, penglihatan, hidung, mulut dan seluruh lubang-lubang yang lain seperti di dalam Surah Al-Insan ayat 2 yang membawa makna, “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”.

8. Kemudian, lubang mata diisi dengan mata yang mempunyai keajaiban dapat melihat benda-benda. Allah menyusun indera penglihatan dari 7 lapis. Setiap lapisan mempunyai sifat dan tabiat khusus dan sekiranya salah satu lapisan hilang, sudah tentu mata tidak dapat berfungsi dengan baik.

9. Di samping beberapa proses penting di atas, Allah juga membentuk kejadian-kejadian yang lain seperti tangan, badan, kaki dan sebagainya bagi melengkapkan ciptaanNya. Lalu menentukan jantina makhluk yang diciptaNya sama ada lelaki ataupun perempuan bagi menjadikannya sebagai makhluk yang sempurna dan sebaik-baik ciptaan dalam menunaikan tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya. Sebagaimana dalam surah Al-Isra’ ayat 70 yang bermaksud, “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Sabtu, 30 Julai 2011

KOMPONEN MANUSIA


Jasad manusia terdiri daripada komponen fizikal dan mental. Operasi fizikal jasad manusia diuruskan oleh bahagian mental. Tatacara pengurusan ini merupakan manifestasi daripada tindakan dan kelakuan otak manusia itu sendiri, sama ada dalam bentuk mekanikal, kimia, atau elektrik.
Kesihatan seseorang manusia pula bergantung kepada kesihatan fizikal dan mentalnya. Manusia yang sihat fizikal dan mental akan dapat melaksanakan tugas hariannya dengan sempurna. Malahan, mereka juga dapat memainkan peranannya sebagai warga dunia secara lebih efektif. Ada banyak kegiatan berkala harian yang boleh dilakukan untuk menjamin kesihatan seseorang agar berada pada tahap yang sempurna.
Dalam agama Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang perlu dilakukan pada masa, keadaan, serta mengikut tertibnya. Solat wajib merupakan satu kegiatan rutin harian orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam. Di samping itu, ada solat-solat tambahan yang digalakkan untuk orang-orang Islam melakukannya pada bila-bila masa mahupun pada masa-masa tertentu.
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”
Al-Ankabut 29 : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Al-Baqarah 2 : 45
“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah),

Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ”
Al-Baqarah 2 : 149
Jika seseorang dapat mengamalkan lima atau empat tabiat lazim tersebut, mereka akan mempunyai tahap kesihatan yang terbaik dan melepasi aras optimum sihat. Malah tubuh badan juga akan menjadi lebih sihat, bertenaga serta daya ketahanan badan menjadi tinggi dan mantap serta dapat menghindarkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit fizikal dan mental.

TEMAN-TEMANKU PADA ZAMAN TADIKA

Bila umurku sudah mencapai 6 tahun, emakku telah menghantarku di tadika untuk bersekolah. Walaupun dengan berat hati untuk berpisah dengan emakku, namun aku terpaksa akur jugak. Di situ aku dapat belajar dengan kawan-kawan baru. Masing-masing mempunyai karenah dan ragam tersendiri. Contohnya, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kawan-kawanku yang menangis tidak mahu berpisah dengan orang tua mereka. Walaupun mereka dipujuk supaya duduk bersama dengan kawan yang lain di tadika itu, mereka tetap menangis dan memegang baju kedua-dua orang tuanya. Aku yang menjadi penonton yang tidak berbayar ni hanya melihat dan ada kalanya aku tergelak melihat gelagak diaorang. Oleh kerana mereka tidak dapat berpisah dengan ibu bapanya, ibu bapanya terpaksa mengambil jalan alternatif lain iaitu menemani diaorang di tepi kelas. Ada yang lebih parah, ibu bapa diaorang terpaksa duduk di dalam kelas bersama anak-anak diaorang. Hehehe terukkan diaorang tu kan. Walapunbegitu,  selepas aje seminggu kawan-kawanku tadi sudah dapat berpisah dengan orang tua diaorang. Hal ini kerana apabila diaorang berkenalan dengan aku dan kawan-kawan yang lain, diaorang dapat bermain, membaca, mewarna bersama-sama. Dengan ini, mereka berasa seronok bila berada disekolah berbanding mereka berada dirumah…
Kini semua kawan-kawan tadikaku telah meneruskkan hidupnya sendiri...
Akhir kata aku berharap diaorang akan berjaya dalam hidupnya... 

Facebook

Dalam dunia ict ini kebanyakkan remaja gemar menggunakkan laman ict untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Tetapi di dalam penggunaan laman ini juga dapat mengundang keburukan. Contohnya penggunaan laman sosial 'facebook'. Di samping kita dapat mencari kawan lama, kita juga dapat mengundang keburukan dalam penggunaan laman 'facebook' ini. Antara kebaikan dan keburukan laman 'facebook';



       Kebaikan Facebook :

1.     Untuk  meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2.     Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3.     Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4.     Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5.     Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6.     Membina komuniti  tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7.     Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8.     Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9.     Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10.   Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11.   Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya


Keburukan FaceBook :
1.     Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2.     Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3.     Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4.     Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5.     Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6.     Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7.     Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat